Blogger Layouts

Friday 25 November 2011

KEPENTINGAN MEMANASKAN BADAN

  1. Meninggikan suhu badan.
  2. Membantu otot dan tendon meregang.
  3. Persediaan penguncupan ptot yang lebih kuat dan berkesan.
  4. Boleh mengelakkan kecederaan otot dan tendon anggota tubuh badan
  5. Menambahkan isi padu pernafasan, meningkatkan pergerakan sendi serta mengurangkan ketegangan otot.
  • Aktiviti memanaskan badan perlu dilakukan mengikut cara yang betul dan selamat. Ini perlu untuk mengelakkan individu tersebut mengalami kecederaan di bahagian-bahagian tertentu pada badannya.

ARAHAN KESELAMATAN SEMASA P&P PJ

  1. Melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum melaksanakan aktiviti dan mengakhiri p&p dengan aktiviti penyejukan badan.
          
2. Melakukan aktiviti di kawasan yang selamat.
    
3. Memastikan alatan yang digunakan dalam keadaan selamat.
4. Mengenal pasti tahap kesihatan dan keupayaan murid.
5. Memastikan murid memakai pakaian yang sesuai.
    
6. Memastikan murid mengikut arahan guru.
7. Memastikan murid sentiasa dalam perhatian guru.

PENJAGAAN GIGI

  • Makanan yang berkhasiat untuk gigi ialah makanan yang mengandungi zat kalsium. Contohnya ikan, kerang, udang, ikan bilis, susu dan tomato.
  • Mengurangkan pengambilan makanan yang manis merupakan salah satu faktor yang mampu mengurangkan kadar kerosakan gigi.
  • Berjumpa doktor dengan doktor setiap enam bulan atau dua kali setahun.

  • Karies gigi disebabkan oleh :
  1. Kerap mengambil makanan yang manis dan tidak berkhasiat seperti coklat, aiskrim dan gula-gula.
  2. Kurang makan makanan yang berkalsium.
  3. Tabiat penjagaan yang tidak betul.
  •  Gigi yang cantik
           

      Saturday 12 November 2011

      RAMBUT YANG SIHAT

      Penjagaan Rambut

      Antara cara menjaga rambut ialah :
      1. Basuh rambut sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
      2. Bilas rambut sebersih-bersihnya selepas menggunakan syampu.
      3. Rambut berminyak perlu lebih kerap dicuci.
      4. Sikat rambut sekerap yang mungkin. Rambut yang kerap disikat akan kelihatan berseri dan bersinar.
      5. Tidak berkongsi sikat kerana kutu boleh berjangkit melaluinya.
      6. Gunakan syampu rambut yang sesuai dengan jenis rambut.
      Akibat tidak menjaga kebersihan rambut ialah:
      1. Rambut dan kulit kepala menjadi kotor dan mudah dihinggapi kutu.
      2. Kutu akan menggigit kulit kepala untuk menghisap darah. Ini akan menyebabkan kulit kepala menjadi gatal. Apabila kerap digaru kulit kepala mungkin akan luka.
      3. Masalah kegatalan kulit kepala.
      4. Masalah keguguran rambut.
      5. Masalah kelemumur.

      TUBUH KAMI SIHAT

      Tubuh Manusia
      • Bayi yang baru lahir mempunyai lebih daripada 300 tulang. Apabila dewasa, rangka manusia terdiri daripada 206 tulang. Keadaan ini terjadi kerana semasa membesar, beberapa tulang bercantum menjadi tulang besar dan menjadikan jumlah tulang berkurangan.
      Untuk mendapatkan tubuh badan sihat, kita mestilah menjaga kebersihan diri kita.

      Penjagaan Kulit
      Antara cara menjaga kulit kulit ialah:
      1. Mandi dua kali sehari. Ketika mandi, bersihkan muka, leher dan telinga. Membersihkan badan dengan sabun yang sesuai dengan kulit.
      2. Keringkan badan dengan tuala yang bersih selepas mandi.
      3. Pakai pakaian yang bersih.
      Akibat tidak menjaga kebersihan kulit ialah:
      1. Ruam
      2. Jerawat
      3. Kegatalan akibat jangkitan kuman
      4. Terjadinya panau atau kurap
      Penjagaan Tangan dan Kaki
      Antara cara untuk menjaga kaki dan tangan ialah:
      1. membersihkan kaki dan tangan selepas melakukan aktiviti.
      2. mencuci tangan selepas ke tandas.
      3. menggunakan tuala yang bersih untuk mengelap tangan.
      4. memotong kuku kaki dan tangan dengan cara yang betul.
      5. memakai stoking yang bersih.  
      Akibat tidak menjaga kebersihan kaki dan tangan ialah:
      1. berlakunya jangkitan kuman dan menyebabkan kudis dan gatal-gatal.
      2. kuku boleh tertanggal kerana jangkitan kuman.
      3. kaki berbau.
      4. rekahan tumit.