Blogger Layouts

Saturday 12 November 2011

RAMBUT YANG SIHAT

Penjagaan Rambut

Antara cara menjaga rambut ialah :
  1. Basuh rambut sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
  2. Bilas rambut sebersih-bersihnya selepas menggunakan syampu.
  3. Rambut berminyak perlu lebih kerap dicuci.
  4. Sikat rambut sekerap yang mungkin. Rambut yang kerap disikat akan kelihatan berseri dan bersinar.
  5. Tidak berkongsi sikat kerana kutu boleh berjangkit melaluinya.
  6. Gunakan syampu rambut yang sesuai dengan jenis rambut.
Akibat tidak menjaga kebersihan rambut ialah:
  1. Rambut dan kulit kepala menjadi kotor dan mudah dihinggapi kutu.
  2. Kutu akan menggigit kulit kepala untuk menghisap darah. Ini akan menyebabkan kulit kepala menjadi gatal. Apabila kerap digaru kulit kepala mungkin akan luka.
  3. Masalah kegatalan kulit kepala.
  4. Masalah keguguran rambut.
  5. Masalah kelemumur.

No comments:

Post a Comment