Blogger Layouts

Saturday, 12 November 2011

TUBUH KAMI SIHAT

Tubuh Manusia
  • Bayi yang baru lahir mempunyai lebih daripada 300 tulang. Apabila dewasa, rangka manusia terdiri daripada 206 tulang. Keadaan ini terjadi kerana semasa membesar, beberapa tulang bercantum menjadi tulang besar dan menjadikan jumlah tulang berkurangan.
Untuk mendapatkan tubuh badan sihat, kita mestilah menjaga kebersihan diri kita.

Penjagaan Kulit
Antara cara menjaga kulit kulit ialah:
  1. Mandi dua kali sehari. Ketika mandi, bersihkan muka, leher dan telinga. Membersihkan badan dengan sabun yang sesuai dengan kulit.
  2. Keringkan badan dengan tuala yang bersih selepas mandi.
  3. Pakai pakaian yang bersih.
Akibat tidak menjaga kebersihan kulit ialah:
  1. Ruam
  2. Jerawat
  3. Kegatalan akibat jangkitan kuman
  4. Terjadinya panau atau kurap
Penjagaan Tangan dan Kaki
Antara cara untuk menjaga kaki dan tangan ialah:
  1. membersihkan kaki dan tangan selepas melakukan aktiviti.
  2. mencuci tangan selepas ke tandas.
  3. menggunakan tuala yang bersih untuk mengelap tangan.
  4. memotong kuku kaki dan tangan dengan cara yang betul.
  5. memakai stoking yang bersih.  
Akibat tidak menjaga kebersihan kaki dan tangan ialah:
  1. berlakunya jangkitan kuman dan menyebabkan kudis dan gatal-gatal.
  2. kuku boleh tertanggal kerana jangkitan kuman.
  3. kaki berbau.
  4. rekahan tumit.

1 comment: